Friday, 27 July 2012

RPH NURSIAH BINTI AHMAD SANUSI

RPH MINGGU 30


Tarikh
23 Julai 2012 (isnin)

Minggu
30
Mata Pelajaran
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Tingkatan
5S3 dan 5K4
Masa
1 Jam
Bidang
Tema 5 : Malaysia Negara Berdaulat

Unit Pembelajaran
Unit 7 – mengekalkan kedaulatan Negara.
1.    Konsep Negara berdaulat.
2.    Usaha untuk memelihara dan mengekalkan kedaulatan Negara.


Hasil pembelajaran
Pada akhir unit ini, murid dapat;
1.    Menghuraikan konsep Negara berdaulat.
2.    Melibatkan diri dalam usaha memelihara dan mengekalkan kedaulatan Negara.
3.    Bersyukur dengan kemakmuran dan kesejahteraan Negara.

Aktiviti
1.    Guru mengarahkan semua  murid menyanyikan lagu sejahtera Malaysia.
2.    Guru membacakan petikan mutiara kata yang diucapkan oleh perdana menteri Malaysia dalam ucapan penutupan persidangan siswazah 2008.
3.    Guru memperkenalkan topik pengajaran serta menerangkan secara terperinci tentang konsep Negara berdaulat.
4.    Murid menjawab secara lisan terhadap soalan yang diajukan oleh guru.
5.    Murid membuat latihan pengukuhan dalam kelas.
6.    Guru berbincang jawapan kepada soalan pengukuhan.
7.    Kesimpulan.


Kaedah pengajaran dan pembelajaran
·         Penerangan
·         Soal jawab
Penerapan Nilai
·         Tekun
·         Tumpuan
·         Kerajinan
Refleksi
Murid telah menyiapkan latihan  yang diberikan di dalam kelas. P&P dapat dilaksanakan dengan teratur.



Tarikh
24 Julai 2012 (selasa)
Minggu
30
Mata Pelajaran
Pendidikan Seni Visual
Tingkatan
4K4
Masa
1 Jam
Bidang
Kraf Tradisional Dan Dimensi Baru
Unit Pembelajaran
Menghasilkan lukisan tembikar labu sayong dan memasukkan elemen corak-corak tradisonal dengan menggunakan media kering.
Hasil pembelajaran
Pada akhir pembelajaran Murid dapat :
1.    Dapat menghasilkan lakaran tembikar tradisional dengan baik dan kemas.
Aktiviti
Menggambar
Prosedur
1.    Guru menunjukkan contoh hasil lakaran tembikar yang telah siap kepada murid-murid.
2.    Guru menerangkan aktiviti yang harus dilakukan oleh murid.
3.    Guru menunjukkan cara-cara untuk melukis tembikar labu sayong menggunakan lukisan grid dan memasukkan motif corak hiasan pada lukisan labu sayong tersebut.
4.    Murid menjalankan aktiviti sambil dipantau oleh guru.
5.    Guru memanggil seorang pelajar yang telah siap melukis untuk menerangkan tentang corak hiasan yang dipilih sebagai motif labu sayong.
6.    Guru membuat penilaian dan rumusan daripada aktiviti tersebut.

Keperluan
Rujukan : Fokus Super PSV spm terbitan Pelangi.
Lukisan labu sayong.
Bahan : pensil, pemadam, pembaris.

Penerapan nilai
·         Bekerjasama.
·         Tekun.
·         Fokus
Refleksi
Semua murid dapat menyiapkan lukisan di dalam kelas dengan kemas.



Tarikh
24 Julai 2012 (selasa)
Minggu
30
Mata Pelajaran
Pendidikan Seni Visual
Tingkatan
4K7
Masa
1 Jam
Bidang
Kraf tradisional dan dimensi baru
Unit Pembelajaran
Seni tembikar
Hasil pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid dapat;
1.    Murid dapat memperkukuhkan pengetahuan dalam bidang kraf tradisional.

Aktiviti
Latihan  praktis masteri  (Fokus Super PSV spm terbitan Pelangi - muka surat 253,254,255)
Prosedur
1.    Guru menerangkan latihan yang perlu dibuat oleh murid dalam buku latihan.
2.    Guru memberikan soalan kepada murid.
3.    Murid berbincang dengan rakan tentang jawapan pada soalan serta menyiapkan latihan dalam kelas.
4.    Guru berbincang jawapan kepada soalan.
5.    Pengukuhan dan pengkayaan.
6.    Rumusan pembelajaran.

Keperluan
Rujukan : Fokus Super PSV spm terbitan Pelangi.

Penerapan nilai
Ketekunan
Refleksi
Semua murid dapat menyiapkan  latihan di dalam kelas dan member kerjasama yang baik semasa P&P.



Tarikh
24 Julai 2012 (selasa)
Minggu
30
Mata Pelajaran
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Tingkatan
4S1
Masa
1 jam
Tema
Warisan kepelbagaian budaya Malaysia
Unit
Latihan pengukuhan (dalam buku teks muka surat 109 dan 110)
Hasil pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid dapat;
1.    Mencari jawapan kepada soalan pengukuhan.
2.    Berbincang soalan dalam berkumpulan.
3.    Berbincang jawapan soalan dengan guru dan murid.
4.    Dapat menambah pengetahuan tentang topic yang telah dipelajari.
Aktiviti
1.    Guru memberikan tugasan latihan pengukuhan kepada murid.
2.    Murid berbincang dan mencari jawapan kepada soalan pengukuhan.
3.    Guru dan murid berbincang jawapan.
4.    Guru membuat rumusan pembelajaran.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran
·         Latihan
·         Soalan
·         perbincangan
Penerapan Nilai
Kerajinan
Refleksi
Semua murid membawa buku latihan dan juga buku teks.
P&P berjalan lancar.



Tarikh
25 Julai 2012 (Rabu)
Minggu
30
Mata Pelajaran
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Tingkatan
5S5 & 5K7
Masa
1 jam
Tema
Tema 5 : Malaysia Negara Berdaulat.
Unit
Unit 7 – mengekalkan kedaulatan Negara.
3.    Konsep Negara berdaulat.
4.    Usaha untuk memelihara dan mengekalkan kedaulatan Negara.


Hasil pembelajaran
Pada akhir unit ini, murid dapat;
1.    Menghuraikan konsep Negara berdaulat.
2.    Melibatkan diri dalam usaha memelihara dan mengekalkan kedaulatan Negara.
3.    Bersyukur dengan kemakmuran dan kesejahteraan Negara.

Aktiviti
1.    Guru mengarahkan semua  murid menyanyikan lagu sejahtera Malaysia.
2.    Guru membacakan petikan mutiara kata yang diucapkan oleh perdana menteri Malaysia dalam ucapan penutupan persidangan siswazah 2008.
3.    Guru memperkenalkan topik pengajaran serta menerangkan secara terperinci tentang konsep Negara berdaulat.
4.    Murid menjawab secara lisan terhadap soalan yang diajukan oleh guru.
5.    Murid membuat latihan pengukuhan dalam kelas.manakala guru memantau dan menanda buku nota murid.
6.    Guru berbincang jawapan kepada soalan pengukuhan.
7.    Kesimpulan.


Kaedah pengajaran dan pembelajaran
·         Penerangan
·         Soal jawab
Penerapan Nilai
·         Tekun
·         Tumpuan
·         Kerajinan
Refleksi
Murid mengikuti P&P dengan baik.



Tarikh
21 Julai 2012 (Khamis)
Minggu
30
Mata Pelajaran
Pendidikan Seni Visual
Tingkatan
4K4 & 4K7
Masa
1 Jam
Bidang
Kraf tradisional dan dimensi baru
Unit Pembelajaran
Seni Anyaman

1.    Sejarah ringkas
2.    Tokoh-tokoh kraf.
3.    Alat,bahan,cara memproses, dan mewarnakan daun mengkuang/pandan.
4.    Teknik menganyam.
5.    Jenis-jenis kelarai, corak, dan sulaman anyaman.
6.    Dimensi baru.

Hasil pembelajaran
Pada akhir unit ini, murid dapat;
1.    Mengetahui secara ringkas sejarah seni anyaman di Malaysia.
2.    Mengenal beberapa orang tokoh-tokoh seni anyaman yang penting.
3.    Mengenal alat,bahan, cara memproses dan mewarnakan daun mengkuang.
4.    Mempelajari teknik dan proses menganyam tikar.
5.    Memerhati pelbagai jenis kelarai.
6.    Memerhati hasil dimensi baru dalam seni anyaman dari segi teknik dan jenis ciptaan.

Aktiviti
Pembelajaran teori seni visual.
Prosedur
1.    Guru memperkenalkan topik pengajaran,
2.    Guru menerangkan secara terperinci tentang tajuk anyaman.
3.    Guru menunjukkan beberapa keping gambar anyaman tikar dan bakul.
4.    Murid menyalin nota yang dibacakan oleh guru.
1.    Pengukuhan dan pengkayaan.
2.    Rumusan pembelajaran.

Keperluan
Rujukan : Fokus Super PSV spm terbitan Pelangi.

Penerapan nilai
Menghargai seni tradisional.
Refleksi
Murid memberikan tumpuan terhadap P&P



Tarikh
 21 Julai 2012 (Khamis)
Minggu
30
Mata Pelajaran
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Tingkatan
5S4
Masa
1 jam
Tema
Tema 5 : Malaysia Negara Berdaulat

Unit
Unit 7 – mengekalkan kedaulatan Negara.
1.    Konsep Negara berdaulat.
2.    Usaha untuk memelihara dan mengekalkan kedaulatan Negara.


Hasil pembelajaran
Pada akhir unit ini, murid dapat;
1.    Menghuraikan konsep Negara berdaulat.
2.    Melibatkan diri dalam usaha memelihara dan mengekalkan kedaulatan Negara.
3.    Bersyukur dengan kemakmuran dan kesejahteraan Negara.

Aktiviti
1.    Guru mengarahkan semua  murid menyanyikan lagu sejahtera Malaysia.
2.    Guru membacakan petikan mutiara kata yang diucapkan oleh perdana menteri Malaysia dalam ucapan penutupan persidangan siswazah 2008.
3.    Guru memperkenalkan topik pengajaran serta menerangkan secara terperinci tentang konsep Negara berdaulat.
4.    Murid menjawab secara lisan terhadap soalan yang diajukan oleh guru.
5.    Murid membuat latihan pengukuhan dalam kelas.
6.    Guru berbincang jawapan kepada soalan pengukuhan.
7.    Kesimpulan.


Kaedah pengajaran dan pembelajaran
·         Penerangan
·         Soal jawab
Penerapan Nilai
·         Tekun
·         Tumpuan
·         Kerajinan
Refleksi
Murid memberikan tumpuan yang baik dan P&P dapat dilaksanakan dengan teratur.



Tarikh
22 Julai 2012 (Jumaat)
Minggu
30
Mata Pelajaran
Pendidikan Seni Visual
Tingkatan
4K4 & 4K7
Masa
1 Jam
Bidang
Kraf tradisional dan dimensi baru
Unit Pembelajaran
Seni tembikar
Hasil pembelajaran
Pada akhir aktiviti murid dapat;
1.    Mempelajari dan menghasilkan kelarai dengan  teknik menganyam kelarai siku keluang.

Aktiviti
Menghasilkan anyaman kelarai siku keluang dengan menggunakan kertas warna dengan baik dan kemas.
Prosedur
1.    Guru menerangkan aktiviti yang akan dilakukan bersama-sama murid iaitu menghasilkan anyaman kelarai.
2.    Guru menunjukkan satu persatu langkah menghasilkan anyaman kelarai siku keluang sambil diikuti oleh murid.
3.    Guru memantau kerja murid serta membantu murid yang lemah dalam menghasilkan anyaman.
4.    Guru membuat penilaian terhadap hasil anyaman murid yang telah siap.
5.    Guru membuat rumusan terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

Keperluan
Bahan: kertas warna, pembaris, pensil, gunting.

Penerapan nilai
·         Disiplin
·         Kerajinan
Refleksi
Murid mengikuti aktiviti dengan baik namun terdapat beberapa orang murid lelaki yang tidak membawa bahan yang diarahkan oleh guru.
·         Guru telah menyuruh murid tersebut membeli kertas warna daripada kawan lain.