Sunday, 14 April 2013

RPH MINGGU 11

Tarikh
11.03.2013 (ISNIN)
Kelas
4K9 & 4K6
Masa
7.05 – 8.15 Pagi(4K9) & 9.45 – 10.55 (4K6)
Subjek
Pendidikan seni visual
Bidang
Seni Halus
Unit Pembelajaran
Cetakan
Hasil pembelajaran
1.      Pelajar dapat mengaplikasikan teknik-teknik cetakan dalam karya
2.      Pelajar dapat menghasilkan sebuah karya cetakan dalam kumpulan yang bertemakan alam semulajadi.

Aktiviti
 Menghasilkan cetakan alam semulajadi
Prosedur
1.      Guru menunjukkan beberapa contoh cetakan kepada pelajar yang menggunakan teknik kolaj.
2.      Guru membuat demonstrasi kepada pelajar.
3.      Pelajar diberi peluang untuk melihat cara-cara menghasilkan cetakan  dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.
4.      Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menghasilkan Sebuah karya cetakan dengan menggunakan bahan semulajadi.
5.      Guru memantau kerja pelajar membimbing pelajar menghasilkan cetakan.
6.      pelajar membuat kekemasan dan mempamerkan hasil kerja mereka.
7.      Guru membuat kritikan dan rumusan.

Keperluan
Contoh karya cetakan, kertas lukisan,gam,gunting.
Penerapan nilai
Ketekunan dan kerjasama
Refleksi
Terdapat beberapa orang murid yang tidak membawa alat dan bahan,amaran dan teguran telah diberikan.
-          P&P berjalan baik.


Tarikh
12.03.2013 ( SELASA)
Kelas
4K5
Masa
7.05 – 8.15
Subjek
Pendidikan Moral
Tajuk
Nilai-nilai Yang Berkaitan Dengan Perkembangan Diri (kesederhanaan)
Tujuan
Melatih pelajar menjelaskan pendapat tentang sesuatu perkara / nilai yang dibincangkan dalam kelas
BBM
Buku latihan, buku teks

Objektif P&P
Menyatakan pendapat yang bernas tentang kepentingan / ciri-ciri nilai kesederhanaan dalam diri seseorang
Hasil pembelajaran
Menyatakan  maksud nilai kesederhanaan
Penerapan nilai
Kerjasama
Aktiviti
Guru meminta pelajar membuat latihan / perbincangan aktiviti ‘fikir dan jawab’ berpandukan buku teks, pelajar juga didedahkan dengan contoh-contoh amalan kesederhanaan secara ringkas. Guru menentukan jawapan perbincangan / isi yang relevan
Refleksi
P&P berjalan dengan lancar dan terdapat segelintir pelajar yang sudah mampu mengingati beberapa maksud nilai-nilai murni yang telah dipelajari


Tarikh
12.03.2013 ( SELASA)
Kelas
5K4
Masa
9.45 – 10.55
Subjek
Pendidikan Seni Visual
Bidang
 Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV)
Unit Pembelajaran
Penyediaan port folio dan produk
Hasil pembelajaran
Di akhir pembelajaran murid dapat;
1.      Mengetahui serta memahami tugasan dan kaedah melaksanakan kerja kursus.
2.      Mengetahui tajuk-tajuk kerja kursus dan memilih tajuk yang difahami.
Aktiviti
Penerangan lisan (penghasilan port folio_
Prosedur
1.      Guru mengedarkan kertas soalan.
2.      Guru menerangkan kelebihan dan kelemahan setiap soalan.
3.      Guru membantu murid bagi memilih soalan.
4.      Murid memilih soalan manakala guru memberikan komen.
5.      Rumusan.
Keperluan
·         Kertas soalan (KRSV)
·         Buku rujukan PSV
Penerapan nilai
Ketekunan, displin dan kesedaran.
Refleksi
Murid dapat memilih tajuk soalan dan mula memikirkan dan berkongsi idea-idea bagi menghasilkan kerja kursus dengan rakan.
-          P&P berjalan baik.


Tarikh
13.03.2013 ( RABU)
Kelas
4K6 & 4K9
Masa
8.15-9.25 (4K6), 10.20-11.30 (4K9)
Subjek
Pendidikan Seni Visual (4K6) & Pemulihan PSV ( 4K9)
Bidang
Seni Halus
Unit Pembelajaran
Latihan kemahiran melukis
Hasil pembelajaran
1.      Murid dapat menambah kemahiran dalam lukisan.
2.      Memperbaiki kelemahan murid dalam lukisan.
Aktiviti
Menghasilkan lukisan ‘still life’ berdasarkan contoh lukisan contoh yang telah dipamerkan oleh guru.
Prosedur
1.      Guru menunjukkan contoh lukisan ‘still life’ serta memberikan penerangan serta cara bagi melukis dengan kadar banding yang tepat.
2.      Murid menjalankan tugasan
3.      Guru memantau.
4.      Sesi kritikan oleh guru.
5.      Rumusan.
Keperluan
Contoh lukisan.
Penerapan nilai
Kesedaran,dan  kerajinan.
Refleksi
Aktiviti yang dijalankan amat berkesan terhadap murid serta dapat memperbaiki kelemahan murid khususnya dalam  kemahiran melukis.
-          P&P berjalan baik.


Tarikh
14.03.2013 (KHAMIS)
Kelas
4K5
Masa
7.05 – 8.15
Subjek
Pendidikan Moral
Tajuk
Nilai-nilai Yang Berkaitan Dengan Kekeluargaan (kasih sayang terhadap keluarga)
Tujuan
Melatih pelajar menjelaskan pendapat tentang sesuatu perkara / nilai yang dibincangkan dalam kelas
BBM
Buku latihan, buku teks
Objektif P&P
Menyatakan pendapat yang bernas tentang kepentingan / ciri-ciri nilai kasih sayang dalam keluarga
Hasil pembelajaran
Menyatakan  maksud nilai kasih sayang terhadap keluarga
Penerapan nilai
Kerajinan
Aktiviti
Guru meminta pelajar membuat latihan / perbincangan aktiviti ‘fikir dan jawab’ berpandukan buku teks, pelajar juga didedahkan dengan cara-cara menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa. Guru menentukan jawapan perbincangan / isi yang relevan
Refleksi
P&P berjalan dengan lancar yang mana kebanyakan pelajar menyalin nota yang diberi oleh guru


Tarikh
14.03.2013 (KHAMIS)
Kelas
4K6 & 4K9
Masa
8.15-9.25 ( 4K9) 11.30- 12.40 (4K6)
Subjek
Pendidikan Seni Visual
Bidang
Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran
Reka Bentuk Grafik
Hasil pembelajaran
1.      Mengetahui sejarah ringkas seni grafik.
2.      Mengetahui maksud grafik dalam konteks seni .
3.      Mengetahui jenis-jenis reka bentuk grafik.
4.      Mengetahui aspek penting dalam reka bentuk grafik.
Aktiviti
Pembelajaran Teori seni
Prosedur
1.      Guru memberi penerangan kepada murid.
2.      Guru mengadakan sesi kuiz dan menjawab soalan untuk menguji murid.
3.      Guru memberikan nota kepada murid untuk disalin.
4.      Rumusan pembelajaran
Keperluan
Buku Rujukan PSV
Buku nota PSV
Penerapan nilai
ketekunan
Refleksi
Murid memberikan kerjasama yang baik semasa P&P.


Tarikh
15.03.2013
Kelas
5K4
Masa
8.15 -9.25
Subjek
Pendidikan Seni Visual
Bidang
 Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV)
Unit Pembelajaran
Papan peraga
-          Koleksi gambar papan peraga
-          Koleksi gambar buah-buahan
Hasil pembelajaran
Di akhir pembelajaran murid dapat;
1.      Mendapatkan koleksi gambar-gambar papan peraga yang dicari dari sumber internet.
2.      Membuat penilaian dan memberikan pendapat terhadap kombinasi seni reka papan peraga.
3.      Mendapat gambaran yang jelas dalam menghasilkan rekabentuk papan peraga.
Aktiviti
Penyediaan port folio dan produk
Prosedur
1.      Guru menayangkan paparan gambar papan peraga.
2.      Guru meminta murid memberikan komen terhadap gambar papan peraga  yang ditayangkan melalui paparan LCD.
3.      Guru menerangkan cara menyusun gambar dalam folio kerja kursus.
4.      Murid menampal gambar dan menulis komen.
5.      Guru memantau kerja murid dan memberikan komen.
6.      Rumusan pembelajaran.
Keperluan
·         Soalan (KRSV)
·         Gambar papan peraga
·         LCD
·         Laptop
Penerapan nilai
Kesedaran dan kerajinan
Refleksi
Murid dapat menulis komen dengan baik dan mengikuti P&P dengan baik.


Tarikh
15.03.2013
Kelas
4K9
Masa
8.15 -9.25
Subjek
Pendidikan Seni Visual
Bidang
Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran
Latihan melukis
Hasil pembelajaran
1.      Murid dapat mempelajari seni reka grafik dengan lebih mendalam.
2.      Murid dapat mengetahui elemen grafik yang terdapat dalam poster.
Aktiviti
Melukis poster
Prosedur
1.      Guru memperkenalkan topic pembelajaran.
2.      Guru memberikan penerangan dan arahan.
3.      Guru memantau kerja murid.
4.      Guru memberi komen terhadap hasil karya murid.
5.      Rumusan.
Keperluan
Buku rujukan PSV
Penerapan nilai
Ketekunan
Refleksi
Murid menyalin nota yang diberikan, P&P berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment